Semenjak mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim 2 (JDTII), Izham Tarmizi, pelakon Mia Ahmad sudah jarang muncul di kaca televisyen.
Bagaimanapun, pelakon itu tetap aktif di media sosial berkongsikan perkembangan terbarunya untuk tatapan para peminatnya.
BACA: Mia Ahmad Selamat Bersalin Anak Ketiga
Pasti ramai tahu, penampilan Mia kini juga lebih sopan apabila tampil memakai tudung labuh menutup dada. Menerusi perkongsian di Instagram, Mia berkata dia bertudung labuh kerana Allah dan dia kuatkan hati untuk melakukan perkara ke arah lebih baik.
View this post on Instagram
Kata Mia lagi, dia mengubah cara pemakaiannya itu adalah kerana untuk menjadi insan lebih baik dan bukan mahu nampak baik.
“Ada yang cakap I takkan istiqomah.. ada yang cakap husband I takkan support. I kuatkan hati cuz I know I did the right thing. For the sake of Allah. I tahu I tak baik, I ubah cara pemakaian untuk jadi lebih baik bukan untuk nampak baik,” tulisnya.
Mia mendirikan rumah tangga dengan Izham Tamiri pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Sayf Issa, Iris dan Imaani.