Ramai wanita yang ‘tergoda’ melihat penampilannya tidak berbaju, pelakon Zul Ariffin berkata ia menganggap komen yang ditinggalkan sekadar gurauan nakal.
Memetik mStar Online, Zul berkata dia tidak mahu tembam lagi dan kini merasakan dirinya lebih sihat apabila kembali aktif menjaga kesihatan.
BACA: Tayang Badan Sasa, Foto Zul Ariffin Buat Netizen Semangat Nak Kerja
“Sebelum ini saya leka tak jaga diri sangat. Alhamdulillah selepas terbabit dalam sebuah filem, saya kembali aktif jaga kesihatan. Sekarang saya rasa lebih sihat dan cergas berbanding sebelum ini.
“Saya dah tak nak tembam lagi. Mungkin pengikut perasan perubasan ini tapi okay lah..sekurangnya ramai yang beri sokongan. Komen kelakar itu biasalah, mereka sekadar menyakat je,” katanya.
Sementara itu, Zul berkata dia menjalani latihan tinju bagi menjalani penggambaran filem terbarunya dan dia mahu kekal dengan bentuk badan sekarang.
“Ramai minta saya lebih berkongsik foto di Instagram. Bermula sekarang saya akan kekal dengan bentuk begini. Tak mahu tembam lagi,” katanya.
Sumber: mStar Online