Perkongsian pelakon Zul Ariffin menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar menayang tubuh sasanya ketika bercuti di tepi pantai.
Menerusi hantaran itu, Zul dilihat tidak mengenakan baju dan memakai cermin mata hitam serta berseluar pendek jalur hijau.
BACA: Zul Ariffin ‘Tersasul’ Doa Nak Empat Isteri Di Jabal Rahmah
Seperti sudah dijangka, foto dikongsikan Zul itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja melihat hantaran berkenaan serta ada yang mengatakan semangat untuk bekerja.
Sementara itu, ramai yang memuji tubuh sasa pelakon itu yang berurat-urat serta mengatakan Zul dilihat semakin muda.
