fbpx

Memey Suhaiza Tidak Terkejut Abby Abadi Kahwin Lagi

Mengakui tidak terkejut dengan berita Abby Abadi akan berkahwin lagi, pelakon Memey Suhaiza dalam masa yang sama berkongsi rasa gembira dengan perkara tersebut. Tambah Memey, sebelum perkara tersebut dihebahkan di Instagram, Abby terlebih dahulu telah memberitahu mereka.

BACA: Memey Suhaiza Tidak Kisah Suami Rapat Dengan Abby Abadi

“Saya dan Norman memang tidak terkejut dengan berita itu kerana sebelum ini lagi dia sudah beritahu hasratnya untuk berkahwin lagi. Cuma baru-baru ini sahaja baru secara rasmi dia beritahu kepada umum pengumuman tarikh perkahwinannya,” katanya kepada Murai.

Sebelum ini, Abby telah berkongsi berita gembira mengenai tarik pernikahannya bersama seorang wartawan melalui akaun Instagram miliknya. Apa yang pasti, ramai peminat mendoakan agar
perkahwinan Abby kali ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Abby dan juga Faizal menetapkan tarikh 14 Ogos ini untuk melangsungkan pernikahan yang akan diadakn di Keramat, Kuala Lumpur. Abby pernah berkahwin dengan aktor Norman Hakim pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008 dan perkahwinan bersama bekas suami, Farhan berakhir pada Jun tahun lalu. (rtky/s)