fbpx

Memey Suhaiza Tidak Kisah Suami Rapat Dengan Abby Abadi

Bagi Memey Suhaiza, hubungan baik antara suaminya, Norman Hakim dan Abby Abadi tidak menimbulkan sebarang prasangka dan menjelaskan bahawa bahawa keluarganya adalah menjadi fokus utama ketika ini.

BACA: Memey Tak Cemburu Suami Bermesej Dengan Abby Abadi

“Bila hubungan lebih baik ini lagilah saya tidak risau sebab semuanya di depan mata dan kami sentiasa bersama. Kalau ada perkara yang berkenaan anak-anak pun, kami sentiasa berkomunikasi. Jadi bila kami makin rapat ini, tidaklah risau”

“Kalau dulu mungkinlah saya berfikir pasal perkara ini, sekarang tidak lagi. Saya tak perlu memikirkan perkara negatif. Kita pun sudah ada anak jadi fokus itu lebih kepada anak dan keluarga. Semuanya baik saja, malah anak-anak saya dan anak-anak abang (Norman) (bersama Abby) pun rapat”

“Kami pun selalu berjumpa, jadi saya mahu fikir perkara yang bahagia saja, tak mahu fikir negatif sebab kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa depan. Buat masa sekarang, kita hanya mampu doakan yang terbaik untuk diri kita sendiri,” jelasnya kepada BH Plus.

Kelahiran cahaya mata kedua baru-baru ini, pastinya fokus Memey terhadap keluarga akan menjadi lebih besar. Apa pun semoga keluarga ini sentiasa bahagia dan dipermudahkan segala urusan. (rtky/s)