fbpx

“Masih Terlalu Awal Untuk Fikir Soal Anak”

Biarpun masih berada di fasa bulan madu, pasangan Amar Baharin dan Amyra Rosli sudah berdepan dengan soalan zuriat yang sering diajukan bagi mereka yang tidak sabar melihat pasangan ini menimang cahaya mata. Tidak terburu-buru mahupun merancang, Amar akui masih terlalu awal untuk membincangkan tentang perkara ini dan lebih baik menyerahkan kepada rezeki.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

BACA: “Amar Baharin Bukan Suami Kuat Cemburu”

“Sebenarnya masih terlalu awal untuk memperkatakan perkara ini. Tidak adil juga untuk menilai kami sebagai pasangan suami isteri yang masih hijau dalam rumah tangga. Apa yang mampu dilakukan adalah doa yang baik-baik daripada semua. Sebab perkara ini membabitkan rezeki”

“Sekarang ini pun rezeki yang mendatang membabitkan kami sudah melimpah ruah. Kami bersyukur kerana apa yang diharapkan selama ini menjadi kenyataan,” jelasnya kepada Utusan Online mengenai persoalan zuriat yang sering diajukan kepada mereka.

Pasangan ini yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada awal November tahun lalu memang menjadi perhatian ramai. Malah boleh dikatakan setiap perkembangan mereka selepas berkahwin juga sering menjadi tatapan peminat kerana hubungan romantis yang dipamerkan. Apapun, rezeki itu kerja Yang Maha Esa, sebagai manusia kita hanya mampu merancang. (rkty/w)