fbpx

Marsha Tolak Suami Orang Sebagai Kekasih

Selain turut berpuasa bersama rakan-rakan beragama Islam yang lain bagi menghormati bulan mulia ini, Marsha Milan Londoh dalam masa yang sama menyatakan bahawa percintaannya ketika ini bukanlah bersama suami orang lain.

BACA: Marsha: Saya Tidak Bercinta Dengan Suami Orang

“Dia bukan duda atau suami orang. Sebelum berkawan, saya menyiasat latar belakangnya dan memang sah dia bukan suami orang. Kalau boleh, saya tidak menjalin hubungan dengan suami orang. Ini kerana jika saya dalam situasi ieteri lelaki terbabit, saya juga tidak suka bermadu”

“Saya tidak mahu kacau mana-mana pasangan,” jelas Marsha kepada Harian Metro. Kekasih Marsha juga dalam masa yang sama ialah seorang yang beragama Islam.

“Kami sudah dua tahun bercinta tapi belum memikirkan soal itu (kahwin). Keluarganya merestui hubungan kami. Bukan apa, sebelum berkahwin banyak hal perlu dipertimbangkan terutama soal kerjaya saya,” kata Marsha selain menyatakan tidak menolak jika sudah ditakdirkan. (rtky/s)