Marsha Milan Dalami Budaya Melayu, Selesa Dengan Kekasih Hati
Masih merahsiakan gerangan lelaki yang berjaya memikat hatinya ketika ini, Marsha Milan Londoh kelihatan sangat selesa dengan jejaka namun dalam masa yang sama tidak mahu berkongsi terlalu banyak mengenai kisah peribadinya.
BACA: Marsha Belum Terfikir Untuk Peluk Islam
Menurut petikan daripada Berita Harian, Marsha dalam masa yang sama turut mendalami budaya Melayu selain turut mengakui tidak pernah serik untuk bercinta dengan jejaka Melayu walaupun sudah beberapa kali gagal bercinta sebelum ini.
Sebelum ini, Marsha pernah memberitahu bahawa buat ketika ini dia masih belum bersedia memeluk Islam selain menyifatkan perkata berkaitan agama itu sebagai salah satu topik yang sensitif untuk dibincangkan.
“Nanti salah cakap orang akan jadikan sebagai isu. Kalau jodoh itu datang secara tiba-tiba. Kita terima sahaja. Yang penting, saya selesa dengan situasi sekarang dan kekasih tidak memaksa,” katanya sebelum ini. (rtky/s)
Heh ,Rotikaya !! Macamana nak hilangkan pop up Mission Impossible tu hah?? Soo anoyying, benci betul dengan kedah iklan yang paksa -paksa orang tengok nih..
Btw, Marsha nih becinta dengan Sepol Penang tu kan???
Ye la tu, Kak Mah. Dok bercinta dgn org Penang. Galak benar turun ke Penang.
Dah kau suka laki Melayu kaya sebab tu lah sibuk kejar ye dak? Kalau tak, tak de sampai nak bunuh diri sebab tengku bakar tu hihi