Marissa Dania Beli Kereta Mewah, Norman Pesan Jangan Abaikan Zakat 

Pelakon Norman Hakim mengucapkan tahniah buat anaknya pempengaruh media sosial, Marissa Dania berjaya membeli sebuah kereta mewah hasil titik peluhnya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Norman berkongsikan momen menemani anaknya itu mengambil kereta berkenaan.

BACA: “Mama Doakan Yang Terbaik Buat Kalian” – Abby Abadi Kongsi Video Marissa, Munir

“Tahniah anak…You’ve worked incredibly hard and shown that brilliance, discipline and determination can take you far. You truly deserve to reward yourself with your ‘3rd toy’,” tulisnya.

Menurut Norman lagi, anaknya itu sudah bekerja keras untuk mencapai apa yang dimilikinya sekarang ini serta mengingatkan Marissa untuk menunaikan tanggunjawab membayar zakat.

“Ingat pesan Papa…jangan sesekali abaikan zakat. Terus istiqomah dalam bersedekah dan jadikan platform perniagaan yang dibina sebagai jalan untuk memberi manfaat kepada masyarakat dan negara melalui tanggungjawab cukai dengan amanah,” tulisnya. 

×