Pelakon dan penyanyi Abby Abadi berkongsikan video memaparkan anaknya, Marissa Dania bersama pempengaruh, Munir Akhunov.

Menerusi video itu, Marissa dan Munir dilihat sedang mempromosikan pakaian secara live dan Abby berseloroh mengatakan banyak video lain yang belum dikongsikan.

BACA: “Pinjam Dah Bayar Balik Pun” – Abby Abadi Pertahan Lelaki Rapat Dengan Marissa

View on Threads

Menurut Abby lagi, dia melihat kedua-duanya boleh menerima peluang kerja bersama kerana keserasian mereka.

“Banyak video lagi ni, rugi peram kan hehe.  Ini dua ketui ni. Dah bolehh dapat job sama-sama lepas ni tapi selit Mama juga ok. Nanti boring tau tak ada Mama,” tulisnya.

Sementara itu, Abby turut menitipkan doa buat Marissa dan Munir serta mengingatkan agar sentiasa menjaga diri.

“Mama doakan yang terbaik untuk kalian. Hati-hati di mana saja berada. Sementara Mama dekat Langkawi ni, planlah supaya kita boleh usahakan macam-macam lagi tau,” tulisnya.

×