Keputusan juri Gegar Vaganza 2019 memberikan kemenangan bersama kepada Hady Miirza dan Naqiu Boboy mengundang kontroversi malam tadi. Rata-rata peminat tidak berpuas hati dengan konsep juara bersama yang pertama kali terjadi dalam sejarah Gegar Vaganza.
Namun ketua Juri, Datuk Ramli MS mempertahankan keputusan itu dengan mengatakan yang Hady Mirza dan Naqiu Boboy berjaya memperoleh markah yang sama iaitu sebanyak 87%.
BACA: Naqiu (Boboy) & Hady Mirza Juara Bersama Gegar Vaganza 2019
“Selepas dicampurkan semua markah juri, Hady dan Naqiu masing-masing mendapat 87 peratus. Saya kena berlaku adil dan tidak bolehlah hendak pilih hanya seorang sebagai juara”
“Mereka memberikan persembahan yang setara dan nyanyian tidak sumbang. Atas faktor itu, saya berpendapat mereka layak bergelar juara,” ujar Datuk Ramli MS.
Beliau juga berkata terkejut dengan persembahan battle antara Naqiu Boboy & Hady Mirza yang dijangka akan berlawan vokal namun mereka menyanyi dengan sangat harmoni.
“Mana mungkin saya boleh pilih hanya seorang sebagai juara jika kedua-duanya memberikan persembahan hebat dan mengagumkan,” tambahnya lagi.
Berkaitan dakwaan kononnya keputusan sudah dirancang awal awal lagi, Datuk Ramli MS mendakwa salah satu trofi juara yang dipegang pada malam itu merupakan trofi replika namun terpaksa diberikan kerana keputusan juara bersama. (rtky/m)