Konsert peringkat akhir Gegar Vaganza 2019 (GV2019) menyaksikan Naqiu (Boboy) & Hady Mirza berjaya bergelar juara bersama. Kemenangan mereka membolehkan mereka membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 masing masing, pakej percutian ke Eropah dan trofi kemenangan tajaan Astro.

Ini menyaksikan tiada peserta berada di tempat kedua dan Jatt berjaya merangkul tempat ketiga di pentas akhir Gegar Vaganza 2019 malam ini.


Tempat keempat pula menjadi milik Nur Fatima, One Nation Emcess di tempat ke-6 dan Sham Visa di tempat ke-6.

Keputusan pihak penganjur untuk mengumumkan dua orang juara mendapat reaksi berbeza dari peminat Gegar Vaganza 2019.

Diacarakan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse, GegarVaganza 2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam dan disiarkan secara langsung Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).