fbpx

Malique: Bukan Dajjal, Itu Mata Hati

Hadir dengan album terakhir dalam bahasa Melayu, TKO: Pejamkan Mata oleh penyanyi rap, Malique, ternyata meninggalkan kesan dan impak apabila kulit album tersebut mendapat perhatian dan turut disalah erti oleh warga laman sosial.

BACA: Malique Too Phat Kini Menetap Di Johor Bahru

“Kulit album yang mempunyai mata tiga ini mempunyai pelbagai tafsiran berbeza. Maksud sebenarnya ialah mata hati. Mesej yang ingin saya sampaikan adalah jangan kita menghukum sesuatu hanya pada luaran dan permukaan, pandanglah dengan mata ketiga iaitu mata hati untuk menyelami dasarnya serta memahami isinya,” katanya dalam satu kenyataan kepada BH Online.

Tambahnya gambaran tiga mata tersebut adalah membawa maksud mata hati, iaitu simbolik kepada mesej usah mudah menghukum sesuatu yang dilihat dari segi luaran semata-mata.

Selain itu, Malique menjelaskan selepas ini dia akan muncul dengan album dalam bahasa Inggeris yang akan dilancarkan pada tahun ini. Semoga Malique terus cemerlang dalam menghasilkan lagu berkualiti tinggi demi indsutri seni tanah air yang tercinta. (rtky/s)