fbpx

“Makin Popular, Makin Seksi Pula Awak”

Bukan mudah untuk menutup mulut orang untuk berkata tentang kita. Perkara ini pastinya paling dirasai oleh insan bergelar selebriti kerana segala apa yang mereka lakukan pastinya menjadi perhatian. Baru-baru ini, gambar Janna selfie membuatkan segelintir warga laman sosial kurang senang.

BACA: “Berhentilah Nyanyi Janna Nick, Tak Tahan Dengar”

Memiliki lebih 3 juta pengikut di laman Instagram, Janna bagaimanapun tidak menghiraukan komen sedemikian dan rata-rata peminatnya memuji kecantikan pelakon ini selain sudah kelihatan kurus.

Sebelum ini, Janna turut menjadi mangsa kecaman warga laman sosial kerana keberaniannya untuk menyanyi namun ada segelintir mereka di luar sana tidak berani mendengar.

Itulah orang kata, bukan mudah mahu jadi selebriti. Jika hati senipis tisu, baca komen sikit sudah panas baran, bolehlah perlahan-lahan belajar hiraukan komen. Jadilah selebriti yang matang dan sentiasa bergerak dengan perkara baru ke hadapan. (rtky/s)