fbpx

“Berhentilah Nyanyi Janna Nick, Tak Tahan Dengar”

Seperti kebiasaan, Janna Nick dan juga keluarga Sheila Rusly memang selalu berkongsikan video dan paling terbaru, suami Sheila, Jinggo telah bermain gitar sambil Janna nyanyi lagu terbaru Sufian Suhaimi, Di Matamu.

BACA: “Seluar Janna Nick Ketat Sangat, Macam Telanjang”

Namun nampaknya kali ini persembahan Janna di dalam video tersebut menimbulkan kacau bilau di hati pendengar dan juga pelayar laman sosial yang lain. Terseksa mendengar nyanyian Janna, ada di antara pengguna laman sosial meluahkan perasaan dan juga kritikan terhadap pelakon wanita ini.

Begitulah dugaan Janna dalam menjadi penyanyi di dalam industri hiburan tanah air. Iyalah, orang kata jika nak berjaya mesti banyak sekali dugaan dan kritikan bukan. Hiraukan saja kritikan orang, janji kita yakin suara kita sedap, no problem.

Bagi anda yang masih belum mendengar nyanyian Janna, kami kongsikan video ini. Mana tahu boleh jadi lagu cover pilihan anda selepas ini. Boleh layan ramai-ramai di pejabat. Enjoice!