fbpx

Mak Tegur Nubhan Warna Rambut, PU Azman Perjelaskan

Bila ibu sudah menegur kita, lain macam jadinya’kan? Itulah yang dihadapi oleh Nubhan kerana dia telah mewarnakan rambut dan perkara tersebut mendapat perhatian ibunya. Musykil dengan perkara tersebut, Nubhan melalui satu video mengutarakan soalan dan mengharapkan jawapan terbaik dari mereka yang mengetahui hukumnya.

BACA: Nubhan AF Ambil Kursus Penjagaan Anak

“Hari-hari mak den (saya) membebel, memang tak nampak sangat warnanya, sebab saya buat light-light saja, tetap kantoi dengan mak. Jadi, saya potong rambut yang masih berbaki ada warna ni sebab mak bising katanya wuduk tak lepas dan solat tak sah”

“Saya cakap rambut ni original, tapi kau gila nak tipu mak kau! Cumanya, saya nak tahu kita warna rambut yang produk siap ada tunjuk sijil halal lagi tapi boleh ke bawa solat?,” katanya.

Tidak lama setelah video tersebut dimuatnaik, PU Azman hadir memberikan komen terhadap perkara tersebut selain menasihatkan untuk menggunakan inai yang berasal dari tumbuhan kerana ia akan meresap ke dalam zat rambut.

Bagus sungguh Nubhan yang sangat menghormati ibunya dalam membuat sebarang keputusan. Sebagai pengakhirannya, Nubhan memotong rambut yang telah diwarnakan sambil berkongsikan gambar dengan gaya rambut terbaru. (rtky/s)