Nubhan AF Bimbang Janggal, Ambil Kursus Penjagaan Anak
Bakal menimang cahaya mata perempuan pada Mei depan, Nubhan mengambil pendekatan menghadiri kursus penjagaan bayi sebagai persediaan untuknya bergelar bapa tidak lama lagi. Katanya, usaha itu dibuat supaya dirinya tidak janggal ketika menguruskan bayi sulungnya nanti.
BACA: Isteri Hamil 3 Bulan, Nubhan Trauma
“Saya mengikuti kelas menguruskan bayi itu di sebuah hospital swasta di Seremban dan sebenarnya ia sangat membantu untuk mereka yang pertama kali bergelar ibu-bapa. Dalam kelas sehari itu, saya banyak didedahkan tentang bagaimana untuk memberi sokongan moral kepada isteri semasa proses kelahiran dan penjagaan bayi yang masih kecil”
“Selepas mengikuti kursus pengurusan bayi itu saya jadi lebih teruja dan tak sabar untuk menunggu kelahiran bayi. Semasa kandungan baru berusia lima bulan, kami sudah menyiapkan kelengkapan untuk anak. Kebanyakan barangan bayi ini bukan sahaja saya beli malah ada juga dihadiahkan oleh saudara-mara dan peminat,” katanya kepada m Star Online.
Manakala apabila ditanyakan mengenai nama bayi perempuan yang bakal lahir nanti, Nubhan memberitahu, beliau dan isteri masih tidak menjumpai nama yang sesuai. Tetapi sudah pasti setiap ibu bapa ingin memberikan nama yang mempunyai maksud yang baik dalam agama Islam.
Apapun semoga kesihatan isteri Nubhan baik ketika proses kehamilan ini. Semoga segala urusan dan persiapan menyambut orang baru nanti dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. (rtky/w)
ada peminat kewwww? terlajak kaya dia nie pi kursus bagai. keje apa dia nieee
Ada la peminat dia… kau tu ada peminat ker? sibuk kira peminat org. Baguslah pergi kursus, sekurang-kurang dia cuba utk menjadi suami dan bapa yg bertanggungjawab.
begitu ya
betull
ayukk
Bagus la dia ambil kursus penjagaan anak.. Nanti bila anak dia besar, takde la kita jumpa komen2 macam ni dari anak dia.. asyik cari benda negatif dari perkara positif..
Pernah tserempak ngn dia msa g 7E dekat dataran senawang dia trun dri kereta toyota caldina wrna biru cm sombong je. Dh msuk 7E kluar dri 7E pintu sekuat2nya dia tolak. Perghh marahkan spe bang?
satu usaha yg baik, pergi kelas begini. Sekurang2nya tak rasa janggal bile nak menjaga bayi yg masih kecil yg perlu penjagaan rapi.
memang mamat ni poyo..pernah jumpa kat spital ampang mmg takdek nak senyum2. buat muke kelat je. padahal artis sendu je mamat ni.,..poyoss
ntah2 piah dia tak senyum kat hang sebab dia sedar diri dia bukan celebriti yg meletop kebabomm andd maybe dia ingat orang dah tak kenal dia kn..manalah tau..piah oii asyik nak ikut kpala lutut hang ja..
piah bitch
Antenatal class ke. . . bagus tu. . goodjob bro