“Mak Cik B Dah Bahagia, Tapi Cik B Rasa Lonely…” 

Pempengaruh media sosial, Cik B memuat naik hantaran menjadi perhatian ramai berkongsikan luahan hatinya di laman Threads.

Menerusi hantaran itu, Cik B berkata ibunya iaitu usahawan kosmetik Datuk Seri Vida kini sudah bahagia apabila dikatakan menjalin hubungan dengan Datuk Fazley Yaakob.

BACA: “Pertama Kali Luahkan, Vida Sangat Terkejut” – Fazley, DSV Sah Bercinta

Bagaimanapun, Cik B berkata dirinya kini rasa sunyi kerana perlu berkongsi kasih ibunya dengan orang lain.

“Mak Cik B dah bahagia, tapi Cik B rasa lonely sebab dah kena kongsi kasih sayang,” tulisnya.

Perkongsian Cik B itu mendapat perhatian Fazley yang mengatakan dia akan sentiasa ada untuk Cik B. Tambah Fazley lagi, Cik B tidak perlu bimbang kerana kasih sayang seorang ibu atau bapa tidak akan pernah habis mahupun berkurang.

“Cik B sayang, Dida (Fazley) will always be here for you, jangan risau okay. Kasih sayang seorang ibu bapa itu terlalu besar, tak akan habis walau dikongsi macam mana pun. It all started from you and Dida yakin your doa sangat Hebat! Love you Cik B,” tulisnya.

×