“Pertama Kali Luahkan, Vida Sangat Terkejut” – Fazley, DSV Sah Bercinta

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob memberitahu dia nekad untuk meluahkan perasaan terhadap usahawan Datuk Seri Vida pada bulan lalu.

Menerusi sesi siaran langsung, Fazley berkata Vida terkejut dengan luahan perasaannya itu dan dia turut memberitahu mengenai niatnya.

BACA: Mulanya Tersasul Panggil ‘Sayang’, DSV Mengaku Ada Hubungan Dengan Fazley

“Sebagai seorang lelaki, mestilah saya yang mula luahkan dulu. Masa pertama kali saya luahkan, ketika itu sangat Vida terkejut sehingga terdiam dan termenung lama. Hari yang saya luahkan itu merupakan hari yang sangat besar, bersejarah dalam kalendar Islam dan saya pilih pun bersebab.

“Saya datang kepada Vida dan hanya kami berdua di ruang tamu. Waktu itu sedang hujan dan hari yang terbaik sebelum saya luahkan niat serta hala tuju,” katanya.

Sementara itu, Fazley berkata dia gementar untuk mendengar respon daripada Vida namun lega dengan jawapan diberikan.

“Saya risau juga dia tidak berminat tetapi jawapannya sangat hebat, biarlah saya simpan dalam hati. Keikhlasan dalam hubungan kami berdua yang membawa ke hari ini. Pada saya, kalau ada niat yang baik, kena lafazkan,” katanya.

Dalam pada itu, berkenaan memanggil Vida dengan gelaran sayang, Fazley berkata ianya dengan niat ikhlas dan bukan konten semata-mata. 

“Saya yang terlebih dahulu terpanggil Vida dengan gelaran sayang, mulanya memang tersasul. Panggilan sayang itu bukan konten tetapi datang dari hati. Saya tak boleh panggil Vida dengan nama lain, kejujuran sangat penting,” katanya.

Sumber: HibGlam

×