fbpx

Majlis Hari Jadi & Rumah Terbuka Amar Baharin, Amyra Rosli

Kelmarin merupakan ulangtahun kelahiran Amar Baharin dan dengan itu semalam telah berlangsung dengan meriahnya sambutan hari jadi beliau yang diadakan khas oleh Amyra Rosli. Majlis yang bertempat di Bukit Jelutong, Shah Alam itu turut diadakan majlis rumah terbuka sempena Aildilfitri.

BACA: Amyra Rosli, Amar Baharin Tak Kisah Jantina Anak

Kalau dilihat pada akaun Instagram pasangan ini, masing-masing turut memuat naik gambar di sekitar majlis untuk tatapan para peminat. Pasangan romantis, Amar dan Amyra juga cukup manis mengenakan busana sedondon berwarna hijau lembut pada majlis itu.

Turut dilihat pada majlis itu, kehadiran kedua ibu bapa Amyra yang turut sama meraikan ulangtahun kalahiran Amar yang ke 32 tahun. Dalam masa yang sama, turut tidak ketinggalan tetamu lain seperti peminat mereka berdua yang hadir memeriahkan lagi majlis tersebut.

Seperti umum mengetahui Amyra kini sedang sarat hamil, manakala perkongsian gambar di Instagram pula membuatkan ramai menegur dan memuji seri wajah Amyra dengan ‘baby bump’ nya yang sudah kelihatan jelas. Apapun selamat hari jadi diucapkan sekali lagi kepada Amar.

Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar kemeriahan majlis sambutan ulangtahun kelahiran Amar serta majlis rumah terbuka mereka. (rtky/w)