fbpx

Amyra Rosli, Amar Baharin Tak Kisah Jantina Anak

Belum sempat melakukan imbasan jantina anak, Amyra Rosli tidak terlalu kisah mengenai jantina anak sulung mereka yang bakal lahir nanti. Katanya apa yang penting bayi yang dilahirkan sihat dan cukup sifat.

“Saya dan Amar tidak kisah jantina anak, begitu juga keluarga. Asalkan bayi yang dilahirkan nanti membesar dengan sihat, itu sudah membuatkan kami bersyukur. Lelaki atau perempuan bagi kami bukan persoalan besar,” katanya kepada Berita Harian Online dalam ruangan BiPop.

Manakala apabila ditanyakan mengenai persiapan menyambut bayi, Amyra bersyukur kerana dilimpahkan rezeki hadiah yang diberikan peminat untuk bayinya. Malah kerana terlalu banyak hadiah yang diberikan, Amyra tidak perlu membeli keperluan bayi terlalu banyak.

Pasti ramai yang tidak sabar ingin melihat wajah bayi sulung pasangan ini, maklumlah sama cantik sama padan dua-dua. Apapun semoga Amyra diberikan kesihatan yang baik sepanjang hamil ini. (rtky/w)