Umum mengetahui tanggal 19 November merupakan sambutan Hari Lelaki Sedunia. Sudah pasti ramai yang memberi ucapan terutamanya golongan wanita kepada ahli keluarga, rakan, teman lelaki dan suami mereka.
Dalam pada itu, menerusi perkongsian terbaru Nur Sajat, rata-rata netizen tidak melepaskan peluang untuk tujukan ucapan tersebut buat usahawan kosmetik itu iaitu Muhammad Sajjad Kamaruzzaman.
BACA: Jual Produk Tak Berdaftar KKM, Sajat Didenda RM14,500
Menerusi videonya sedang menari yang dimuat naik di Instagram, ruangan komen dibanjiri dengan ucapan Selamat Hari Lelaki Sedunia daripada netizen.
Bagaimanapun, dalam entri dimana Sajat yang tampil dengan dress biru ketat itu dilihat idak membalas sebarang komen yang dilemparkan kepadanya.
Sering terpalit dengan pelbagai kontroversi sehingga dikecam teruk susulan tindakannya memakai telekung ketika di Meka, sehingga status jantina usahawan tersebut masih lagi menjadi tanda tanya.