fbpx

Lufya Akui Kini Malu Pandang Lelaki Setelah Berhijab

Perubahan untuk menjadi muslimah sejati bukan sekadar dengan hanya menutup aurat malah perlu juga dilengkapi dengan penjagaan tingkah laku peribadi. Pelakon Lufya yang baru baru ini berhijrah mengakui yang kini dirinya lebih segan apabila bergaul dengan lelaki.

Berkata kepada Murai baru baru ini, Lufya akui malu untuk bertentang mata dengan lelaki setelah dirinya berhijab dan perasaan malu itu timbul secara automatik dan dia juga membataskan pergaulan dengan lelaki yang bukan muhrim.

BACA: Lufya Akui Rezeki Bertambah Selepas Berhijab

“Saya sekarang sudah tidak menyanyi, lebih fokus kepada kelas Usrah untuk memperlengkapkan diri dengan ilmu agama, memang sekarang ini saya agak malu untuk berhadapan dengan lelaki,”

“Walaupun saya ada perasaan segan dengan lelaki, tak bermakna saya fobia dengan lelaki, jodoh itu pasti tiba, kalau ditanya mengenai ciri-ciri bakal suami mestilah ada”

“Ciri-ciri itu ialah seorang yang tidak bersifat keduniaan semata-mata, boleh bimbing saya dan balance, kita hidup pun hanyalah sementara, apa-apa pun kehidupan saya ketika ini telah cukup membahagiakan,” ujar Lufya lagi. (rtky/m)