fbpx

Lufya Akui Rezeki Bertambah Selepas Berhijab

Penyanyi dan pelakon, Lufya Omar mengakui rezekinya bertambah selepas dia membuat keputusan untuk berhijab penuh malah dalam masa yang sama, Lufya juga belajar mengenai sebenar berhijab demi membentuknya menjadi muslimah yang lebih baik.

BACA: Lufya Omar Bertudung Penuh, Hanya Terima Watak Yang Bersesuaian

“Saya terlalu banyak diuji oleh-Nya. Selepas saja saya mengambil keputusan untuk bertudung litup, terlalu banyak tawaran yang cukup lumayan datang kepada saya. Tidak kira menyanyi mahupun berlakon. Malah, untuk lakonan, ada yang pula yang menyuruh saya untuk membuka tudung”

“Oleh sebab itu, saya nekad untuk berhenti menyanyi. Semua video dulu saya buang agar tiada lagi sejarah selepas saya berhijab. Bahkan, saya juga mula mengehadkan aktiviti lakonan saya. Alhamdulillah, saya dapat menerimanya dengan cukup baik dan saya sedar ALLAH SWT sedang menguji saya,” katanya.

Selain itu, Lufya yang sudah empat bulan berehat daripada sebarang aktiviti seni, mengakui dirinya banyak belajar untuk bermuhasabah diri serta mengikuti kelas agama agar sentiasa positif dalam menerima ujian yang daripada-Nya.

“Sehingga kini, saya masih lagi mengikuti pelbagai kelas agama dan usrah. Berhijrah bukanlah sekadar memakai tudung tetapi ia meliputi semua termasuklah percakapan. Sebab itu, saya perlu belajar agar ia meningkatkan lagi kefahaman saya. Alhamdulillah, apabila belajar, saya akhirnya faham,” katanya kepada Sinar Harian. (rtky/s)