fbpx

Lisa Surihani Sedih Ada Pihak Sebar Gambar Palsu Anak

Keterujaan peminat dan juga pihak yang mahu mengambil kesempatan di atas berita sensasi walaupun perkara tidak benar menyebabkan insiden sebegini seringkali terjadi ketika ini. Malah berita atau perkara yang dihebahkan akan terus disebarkan tanpa usul periksa.

BACA: Lisa Surihani Belum Bersedia Ditemuramah Media

Lisa Surihani Sedih Ada Pihak Sebar Gambar Palsu Anak - ROTIKAYA

Bermula daripada berita palsu perceraian Siti Nurhaliza, Eina Azman ditangkap khalwat dan juga cerita palsu kematian selebriti, kini giliran Lisa Surihani pula menjadi mangsa apabila sekeping gambar bayi dikatakan adalah anak pelakon yang baru bersalin tersebut.

“Ya Allah Ya Tuhanku… Kesiannya kepada ibu bapa anak ini yang tidak bersalah, tapi diambil kesempatan. Ini bukan anak saya dan Yusry. Tidak ada satu pun gambar yang kami ambil dan diupload di mana-mana,” komen akaun Instagram Lisa Surihani menafikan gambar yang tersebar.

Jika benar komen tersebut adalah datang daripada Lisa sendiri, adalah lebih elok rasanya Lisa berehat dahulu daripada terus terdedah kepada perkara negatif di laman sosial dan beri perhatian kepada bayi. Kami pasti keterujaan peminat akan terbalas apabila empunya badan sudah bersedia berkongsi gambar nanti. (rtky/s)