fbpx

Lisa Surihani Belum Bersedia Ditemuramah Media

Buat peminat Lisa Surihani dan juga Yusry KRU, pastinya telah mengetahui bahawa pelakon tersebut telah selamat melahirkan bayi perempuan kira-kira pukul 11.44, 15 September, Selasa. Bagaimanapun, tuan empunya badan masih lagi belum bersedia berkongsi maklumat lanjut mengenai cahaya mata mereka itu

BACA: Lisa Surihani & Yusry Selamat Timang Cahaya Mata Sulung

“Harap faham buat masa ini Lisa dan Yusry belum boleh bagi kenyataan atau interviu. Harap-harap dapat diberi ruang untuk kami adjust diri dulu dan kemudian kami akan maklumkan kepada pihak media,” jelas Lisa kepada mStar Online.

Sementara itu di laman Instagram Lisa dan juga Yusry, selain ucapan tahniah, peminat juga sudah tidak sabar-sabar menantikan gambar pertama bayi perempuan pasangan ini. Berilah selebriti kesayangan anda sedikit masa dan ruang.

Kami percaya Lisa dan Yusry akan berkongsi apabila tiba masanya nanti malah kami juga percaya ramai yang tidak sabar nantikan gambar sesi fotografi pertama bayi ini nanti. Sama-samalah kita tunggu. (rtky/s)