fbpx

Linda Rafar Sedekah Makanan Kepada Kakitangan Hospital

Menghentikan spekulasi menuduh dirinya mempunyai perselisihan faham dengan pihak Hospital Shah Alam (HSA), Linda Rafar berkongsikan videonya memberi sumbangan makanan kepada kakitangan hospital berkenaan.

Menurut penyanyi dan pelakon itu, sempena hari lahirnya, Linda menjelaskan kepada netizen bahawa dia sama sekali tidak pernah bergaduh termasuk isu saman-menyaman dengan pihak HSA.

BACA: Linda Rafar Tuntut Doktor Mohon Maaf, Bayar Pampasan RM4 Juta

Linda turut menyatakan, isu yang terjadi sebelum ini adalah kerana pihak tertentu malah kedatangannya ke HSA disambut baik dan mesra oleh kakitangan hospital.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LR (@lindarafar)

“Sempena hari kelahiran Linda 11/2/1978, dengan rasa rendah hati ingin memberi tahu kepada semua masyarakat serta netizen dekat luar sana yang Linda tidak pernah ada apa-apa masalah dengan pihak hospital Seksyen 7 Shah Alam.

“Kami tidak pernah bergaduh atau saman-menyaman. Apa yang berlaku di luar sana adalah pihak yang menangguk di air yang keruh. Syukur alhamdulilah kedatangan Linda pada petang tadi disambut dengan penuh keceriaan,” tulisnya.

Menerusi video tersebut, Linda turut membawa beberapa bungkusan makanan untuk kakitangan hospital itu dan mengatakan niatnya memberi sumbangan adalah untuk sedekahkan pahala buat arwah ibunya.

Terdahulu, Linda terpalit kontroversi apabila dia menfailkan saman fitnah dan menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta daripada seorang doktor kerana posting palsu dan berbaur fitnah dua tahun lalu.