fbpx

Linda Rafar Tuntut Doktor Mohon Maaf, Bayar Pampasan RM4 Juta

Awal Mei lalu, Linda Rafar telah pun membuat permohonan maaf menerusi Instagram miliknya atas hasil persetujuan bersama Delegation of Nurses (Delegasi Jururawat) bagi menyelesaikan kes saman antara kedua belah pihak.

Bagaimanapun, tular kenyataan seorang doktor dikenali sebagai Dr Rusyainie yang mendakwa Linda telah pun kalah saman kes berkenaan dan perlu membayar ganti rugi kepada jururawat yang terlibat.

BACA: “Tiada Siapa Kalah Atau Menang, Kes Selesai Cara Baik”

Susulan itu, Linda Rafar mengambil tindakan undang-undang terhadap doktor tersebut atas penulisan berbaur fitnah, bersama tiga lagi pihak termasuk PW Community.

Memetik laporan mStar, Linda telah menghantar lima pucuk surat tuntutan bersaingan kepada Dr Rusyainie bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka dan juga pampasan sebanyak RM4 juta.

Menerusi tuntutan itu, Linda mendakwa Rusyainie telah menulis dan menerbitkan lima bentuk penulisan berbaur fitnah dan komen melampau ke atas dirinya di media sosial.

Linda juga telah menghantar tiga pucuk surat tuntutan yang serupa kepada tiga pihak lagi untuk menuntut pampasan sebanyak RM1.5 juta.

Tindakan itu diambil berikutan dakwaan fitnah daripada penulisan yang mencalarkan peribadi Linda. Malah, Linda juga menerima persepsi negatif daripada netizen meskipun maklumat yang disampaikan adalah tidak benar.

Keempat-empat pihak berkenaan diberi tempoh selama tujuh hari untuk memberi maklum balas sebelum tindakan susulan diteruskan.