fbpx

Lihat Kawan Bahagia, Zizan Razak Teringin Kahwin

Tidak mahu berselindung dengan perasaannya, pelakon dan juga pelawak Zizan Razak menjelaskan bahawa dia sebenarnya dalam masa yang sama turut menyatakan hasratnya untuk mendirikan rumahtangga selepas melihat rakan selebriti lain berkahwin.

BACA: Zizan Razak Nafi Hubungan Bersama Pelakon Janda

“Rancangan (berkahwin) itu ada tetapi orangnya tidak ada, macam mana? Itu masalahnya. Kalau ada, doakanlah untuk saya, insya Allah. Tidak tahulah, sekarang sibuk dengan kerja. Kalau ada peluang insya Allah. Saya pun berniat juga (berkahwin)”

“Saya tengok Shaheizy Sam gembira, begitu juga Johan dan rakan lain seperti Hairul Azreen dengan Hanis Zalikha. Saya pun rasa berniat jugalah tetapi tengok keadaan. Kalau ada insya Allah,” katanya dipetik daripada ProjekMMO.

Dulu selepas kontroversi ada kejap khabar angin siap gambar tersebar bagai. Bila sudah sejuk sikit kontroversi, terus hilang cerita mahu berkahwin. Apa pun, semoga satu hari nanti Zizan akan bertemu jodoh. (rtky/s)