Baru saja melangkah kepada fasa perkahwinan baru-baru ini, pelakon Mawar Rashid menjelaskan bahawa dia kini perlu lebih berhati-hati dalam membawakan watak lebih-lebih lagi apabila melibatkan pelakon lelaki.
BACA: Suami Bawa Mawar Rashid Jumpa Pemain MU
“Alhamdulillah, suami memberikan restu untuk teruskan kerjaya seni, tetapi saya perlu lebih berhati-hati dalam menjaga keperibadian. Insya-Allah, selepas ini saya tidak akan lagi menjayakan babak bersentuhan dalam lakonan”
“Suami tidak pernah meletakkan syarat itu, sebaliknya saya perlu lebih berhati-hati,” jelasnya kepada Berita Harian. Ternyata perkara tersebut dalam masa yang sama adalah untuk menghormati suaminya.
Semoga perjalanan rumahtangga Mawar sentiasa dipermudahkan. Malah ada peminat tidak sabar-sabar pula menantikan kehadiran cahaya mata pasangan ini. (rtky/s)