fbpx

Suami Bawa Mawar Rashid Jumpa Pemain MU

Bertuah badan Mawar Rashid bersuamikan presiden Kelab MU Malaysia, apabila suaminya Raf Yaakob bakal membawa isterinya untuk bertemu dengan bintang bola sepak Manchester United (MU) di United Kingdom. Hasrat itu dilakukan sempena menghadiri majlis makan malam bersama pemain kelab itu pada 16 November ini.

BACA: Mawar Rashid, Raf Yaakob Selamat Diijabkabul

“Kebetulan saya perlu menghadiri majlis makan malam bersama pasukan MU minggu hadapan jadi alang-alang kami akan berbulan madu di Manchester. Saya akan bawa Mawar ke majlis makan malam itu dan bolehlah nanti berjumpa dengan pemain Manchester United. Insya-Allah kami akan berangkat ke United Kingdom pada Ahad ini”

Baru sahaja selamat menjadi suami isteri Khamis lalu, Raf memberitahu hatinya mula terpaut pada Mawar kerana melihat keakraban dan kemesraan wanita itu dengan kedua anaknya, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela. Selain itu sikap sopan santun dan berbudi pekerti tinggi juga membuatkan hatinya jatuh cinta.

“Mawar bukan sahaja seorang yang sopan santun dan mempunyai budi pekerti tinggi tetapi saya terpegun dengan cara dia melayan anak-anak saya. Malah anak-anak lebih akrab dengannya berbanding saya dan ia sesuatu menyenangkan hati saya,” jelasnya kepada m Star Online.

Terdahulu, Mawar dan Raf telah selamat diijabkabukan dengan sekali lafaz pada Khamis lalu bertempat di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur. Dengan ini kami kongsikan sedikit gambar majlis pernikahan mereka. (rtky/w)