fbpx

Laudya Cynthia Bella Kini Sudah Hamil?

Selamat bergelar suami isteri pada 8 September lalu, kini pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella yang mendirikan rumah tangga bersama Engku Emran khabarnya sudah pun hamil. Perkara itu dikongsikan sendiri oleh portal online Indonesia, Detik Hot baru-baru ini.

BACA: Majlis Khatam Quran Laudya Cynthia, Engku Emran

Bagaimanapun dalam temubual bersama media di sana, Laudya dalam masa yang sama tidak menafikan mahu pun mengiyakan operkara tersebut selain memohon doa terbaik daripada peminat.

“Alhamdulillah amin. Belum sih. Itu berarti doa, aku nggak mau bilang iya, nggak mau bilang nggak,” katanya dipetik daripada portal tersebut.

Apa pun, jika benar Laudya sudah hamil, pastinya perkara tersebut menjadi khabar gembira buat jutaan peminat pelakon tersebut. Malah bekas isteri Engku Emran iaitu Erra Fazira juga pernah menyatakan bahawa anak hasil perkongsian hidup mereka sebelum ini iaitu Aleesya pastinya tidak sabar menantikan kehadiran adik baru. (rtky/s)