fbpx

“Pasti Aleesya Tak Sabar Menanti Adik”

Semalam selesai sudah pernikahan diantara Engku Emran dan Laudya Cynthia Bella yang diadakan di sekitar Kuala Lumpur secara tertutup. Dan sebagai bekas isteri, Erra Fazira turut meluahkan rasa gembira dengan memuat naik sekeping gambarnya bersama Bella dan anaknya, Aleesya berserta dengan ucapan yang cukup indah buat pasangan itu.

BACA: Cynthia Bella, Engku Emran Selamat Diijabkabul

“Alhamdulillahhhh, tahniah buat ayah kepada Aleesya @iamkumbre dan @laudyacynthiabella diatas penyatuan cinta kalian. Moga berbahagia dan berkekalan hingga ke jannah. Penyatuan ini juga moga dapat mengeratkan lagi ukhwah antara Malaysia dan Indonesia. Kita bersaudara dalam kejauhan, kita saling mendoakan dan pupuk kasih sayang”

“Moga harmoni dan damai bersama. Anakanda ku, kini bertambah ahli keluarga Aleesya, maka bertambahlah hendaknya kasih sayang dan perhatian buat mu sayang. Moga menjadi anak yang solehah dan punya jati diri yang disenangi dan dsayangi sentiasa. Mom will always support and pray for your happiness dunia dan akhirat”

Sementara itu, dalam posting yang sama juga, Erra sempat mengusik pasangan pengantin baru supaya dapat memberikan Aleesya adik baru dengan segera dan mendoakan kebahagiaan mereka berdua. Malah ruangan komen Instagram pelakon itu juga turut dipenuhi kata-kata positif buat Erra dan mendoakan jodoh Erra dengan Si Dia pula.

“Kepada pasangan mempelai EE dan Bella, moga kalian segera dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah lagi comel! Pasti anakanda Aleesya tak sabar menanti adik. Kalian sentiasa dalam doaku,” tulisnya menerusi akaun Instagram buat pasangan, Engku Emran dan Bella. (rtky/w)