fbpx

Kongsi Foto Throwback, Netizen Persoal Keaslian Bibir DSV

Baru-baru ini, usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida berkongsikan gambar throwback di Instagram miliknya. Gambar yang dikongsikan itu adalah foto wajahnya pada lima tahun lalu.

Menerusi gambar tersebut, Vida turut menjelaskan beliau tidak melakukan suntikan botoks atau pembedahan kosmetik pada wajahnya. Bagaimanapun, foto tersebut menarik perhatian netizen yang rata-rata mereka mempersoalkan saiz bibirnya sekarang.

BACA: Cadang Kejuaraan Aishah Ditarik Balik, DSV Mohon Maaf

Tidak kurang juga ada segelintir netizen bertanyakan tentang keaslian wajah Vida. Bagaimanapun, ada seorang pengguna membidas dakwaan liar netizen dengan menyatakan saiz bibir berbeza disebabkan oleh rawatan gigi.

Walaupun ada segelintir netizen mempertikaikan kesahihan wajah Vida, ramai juga yang memuji kecantikan semula jadi dimiliki oleh Vida dan lebih sukakan jika usahawan itu tidak mengenakan mekap berlebihan.