fbpx

Cadang Kejuaraan Aishah Ditarik Balik, DSV Mohon Maaf

Sebelum ini, kenyataan Datuk Seri Vida yang mencadangkan agar gelaran juara Gegar Vaganza musim keempat yang dimenangi penyanyi Aishah ditarik balik, mengundang kemarahan ramai dan dikecam teruk oleh netizen.

Dalam sidang media khas yang diadakan semalam mengenai penjelasan isu berlian pemberiannya didakwa palsu, Vida memohon maaf di atas cadangannya itu dan memberitahu kenyataan tersebut dikeluarkannya ketika dalam keadaan marah.

BACA: DSV Mahu Kejuaraan Aishah Ditarik Balik, Tak Layak Menang

“Saya pun terkejut sebab tiba-tiba dia (Aishah) tubik (keluar) dalam media sosial cakap palsu. Marilah jumpa saya dulu, kenapa nak tubik dulu.

“Saya pun ada angin juga, masa tu mulut geram, jadi itulah yang tertubik. Itu saya minta maaf,” katanya kepada mStar Online.

Timbul pula isu apabila beliau menyifatkan program GV bertujuan untuk membantu menaikkan artis ‘sendu’, Vida bagaimanapun mempertahankan kenyataannya itu.

“Sekiranya perkataan sendu itu mengguris hati siapa-siapa yang terasa dia sendu,  kenapa dia terasa dia sendu, buatlah sesuatu supaya tak sendu. Yang sendu tu kenapa terasa, ‘wake up’, ‘move on’, jadikan diri anda tak sendu.

“Apa istilah yang nak diguna pakai apabila lama menghilang, dulu popular sekarang tak popular, dulu ada show sekarang tak ada… bagi saya satu perkataan selain perkataan sendu,” katanya.