fbpx

Komen Persembahan Peluang Kedua, Hafiz Hamidun Dikecam

Sejak malam tadi, hangat diperkatakan di laman Twitter mengenai persembahan penyanyi Nabila Razali di Anugerah Juara Lagu 35  (AJL35) yang dikatakan terkucil ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua.

Selain komen daripada netizen, komen daripada penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun mengenai persembahan Nabila Razali itu ternyata mencuri perhatian ramai apabila mengundang kecaman netizen.

BACA: “Saya Dah Cuba Yang Terbaik, Saya Minta Maaf”

Netizen berkata sepatutnya para artis memberi sokongan terutama kepada rakan seperjuangan dan menyifatkan tindakan Hafiz itu memalukan.

Bagaimanapun, rata-rata netizen berkata itu hanya pendapat daripadanya kerana sesama artis juga berhak memberikan komen. Namun, netizen berkata tidak salah untuk memberikan komen namun cara Hafiz itu dikatakan tidak profesional.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan industri memerlukan kritikan seperti ini untuk lebih maju kehadapan jika tidak industri muzik Malaysia akan berada di takuk yang sama.

Kata netizen lagi, tiada masalah untuk mengkritik tetapi mungkin boleh berikan komen positif dan membina. Bagaimanapun, difahamkan perkongsian itu telah pun dipadam oleh Hafiz.