Kisah Lampau Redza Syah Azmeer, Suami Irma Hasmie Dapat PerhatianSepanjang minggu ini, perkahwinan Irma Hasmie & Redza Syah Azmeer memang menjadi topik perbualan hangat. Dan, pasti pengantin lelaki menjadi bahan bualan paling kerap.

Ramai memuji & mengidamkan kisah cinta mereka berdua yang bertemu ketika menunaikan umrah dan tidak kurang yang cuba mengungkit kisah silam Redza Syah.


Peminat hiburan melalui forum Cari mula mendedahkan yang sebenarnya Redza Syah Azmeer pernah berkahwin awal tahun 2012 yang lalu tetapi tidak kekal lama.

Kami menerima e-mail tentang punca perkahwinan Redza Syah Azmeer sebelum ini tidak kekal lama tetapi sangat tidak manis untuk kami ceritakan di’sini untuk hiburan anda.

Cukuplah kami katakan jika berkahwin tanpa restu keluarga terbukti mempunyai kesan yang tidak berapa baik. Bekas isteri Redza, bernama F pun sudah mempunyai kehidupan sendiri.



Tidak salah sebenarnya untuk Irma Hasmie berkahwin dengan seorang duda & membuang ketepi masa silam suami’nya yang kini mungkin sudah benar benar dan ikhlas berubah.

Kredit Foto: The Kliker