fbpx

Kes Kemurungan Meningkat, Syafiq Kyle Dekatkan Diri Kepada Allah

Melihatkan masalah mental yang semakin meningkat akibat pandemik Covid-19, pelakon Syafiq Kyle berkata dia juga mungkin boleh berdepan masalah itu jika tidak menjaga kesihatan mentalnya.

Kata Syafiq lagi, dia mengelakkan diri daripada memikirkan sesuatu masalah sehingga boleh menjejaskan emosi serta mendekatkan diri kepada Allah.

BACA: Cinta Mimi Lana, Syafiq Kyle Bertaut Kembali?

“Kes bunuh diri dan kemurungan di negara kita semakin meningkat akibat pandemik Covid-19. Alhamdulillah setakat ini saya tidak berdepan dengan masalah kemurungan.

“Tapi saya perlu memberi kesedaran mengenai isu itu dan saya tak terkejut kalau saya ada kemurungan sebab dalam keadaan sekarang ini, orang yang sihat pun berkemungkinan ada masalah itu juga.

“Sebab itu dalam keadaan sekarang ini kita kena utamakan kesihatan mental. Dekatkan diri kepada Allah dan jangan terlalu banyak mengeluh dengan apa yang terjadi,” katanya.

Mengakui penggiat seni dan pekerja belakang tabir terkesan susulan aktiviti hiburan tidak dibenarkan, namun Syafiq berkata dia tidak terlalu terjejas namun perlu menjaga kesihatan mental.

“Rasa-rasanya ramai anak seni terjejas akibat pandemik sebab ada diantara kami bekerja baru dapat gaji atau selesai projek baru dapat gaji. Jumlah yang dapat itu pun belum tentu cukup atau tidak.

“Bagi saya pati ada jalan untuk mengubah hidup masing-masing. Insya Allah dengan doa. Macam saya sendiri dari segi kewangan tidaklah terlalu terjejas tapi kena jaga keadaan mental saja,” katanya.