fbpx

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai anak kepada selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania yang didakwa menjadi punca rumah tangga pasangan suami isteri musnah.

Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Azhar Sulaiman yang meminta kedua pelakon itu menghubunginya jika mereka memerlukan bantuan dari segi perundangan.

BACA: “Yang Silap Anak Dia, Jangan Hukum Mak Dia”

Menerusi perkongsian Facebook itu, Azhar turut menitipkan kata-kata positif buat Abby dan Norman serta mengatakan setiap keluarga ada ujian mereka tersendiri.

“Kepada Norman dan Abby. Tiada ibu bapa yang tidak diuji oleh Allah SWT. Setiap keluarga ada ujiannya yang berbeza dan tersendiri. Kalau kita belum diuji, well tunggulah masa you nanti.

“Tolong hubungi saya jika kamu berdua perlukan bantuan perundangan ok? Saya sayang kamu berdua,” tulisnya.

Sebelum ini, Marissa akhirnya memuat naik kenyataan mengenai kontroversi terpalit dirinya. Gadis berusia 18 tahun itu berkata, dia mengakui apa yang ditularkan itu benar namun ada yang tidak benar.