fbpx

“Kenapalah Saya Tak Pakai Tudung Awal”

Mula berhijab sejak Mac lalu, penyanyi Ernie Zakri berkata ada hikmah disebalik duduk di rumah ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimana dia mempunyai masa untuk muhasabah diri.

Malah, Ernie mengakui kesilapannya mengangguhkan niatnya untuk berhijab sehingga tamat pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-34 yang lalu kerana lebih mementingkan soal kerja ketika itu. Bagaimanapun, dia bersyukur kerana di bukakan hati untuk berhijab.

BACA: Ernie Zakri, Syamel Kahwin Tahun Depan

“Masa AJL haritu, sebenarnya memang dah niat nak pakai tudung tetapi saya lebih memikirkan tentang soal kerja masa itu. Dan benda itu adalah satu kesilapan saya juga.

“Sekarang saya terfikir kenapalah saya tak pakai tudung lebih awal. Saya hanya manusia biasa. Saya sebenarnya rasa lagi bersyukur yang Allah berjaya buka hati saya,” katanya kepada Media Hiburan.

Ujarnya lagi, dia tidak akan sesekali menoleh ke belakang dan akan terus istiqamah dalam menjaga aurat. Ernie juga mengakui bimbang andai kata dia tidak sempat untuk berhijab.

“Lepas AJL, masa PKP ni yang meletakkan tanda untuk saya bertudung kerana timbul rasa ketakutan pada saya what if this is the end of the world. Sempat ke aku ni.

“Sedikit sebanyak benda tu mendorong saya untuk lebih berani dan Alhamdulillah lepas saya sarung je tidak ada apa-apa kesusahan bagi saya,” katanya.

Dalam pada itu, Ernie berkata meskipun sudah berhijab namun ia tidak menghalang dirinya untuk teruskan karier dalam bidang nyanyi kerana dia percaya niat yang baik pasti akan dipermudahkan.

“Pada saya Allah itu penyayang. Dia tidak akan suruh kita berhenti cari rezeki tapi dengan cara dan haluan yang betul. Benda ni sangat subjektif.

“Ada juga yang mengatakan yang sepatutnya kita ni tak boleh menyanyi tapi pada saya asalkan niat tu betul kita nak cari rezeki yang halal,” katanya.