Ernie Zakri, Syamel Kahwin Tahun Depan
Teka-teki spekulasi hubungan cinta yang terjalin antara Ernie Zakri dan Syamel akhirnya terjawab apabila Ernie memaklumkan bahawa dia akan menamatkan zaman bujang pada tahun hadapan.
Sebelum ini kedua-dua mereka menafikan dakwaan sedang hangat bercinta, Ernie tidak menafikan calon suaminya adalah rakan seperjuangannya iaitu Syamel. Ernie turut mengatakan Syamel mempunyai ciri suami idamannya.
BACA: Ernie Zakri Luah Minat BTS, Peminat Mula Rasa Bimbang
“Setakat ini calonnya adalah seperti yang anda semua sudah dengar. Jadi, doakan semoga semuanya dipermudahkan.
“Dia ada ciri-ciri suami idaman saya, cuma kami belum mengenali satu sama lain dengan cukup mendalam. Yang pasti, ciri-ciri utama adalah dia menghormati ibu bapa saya,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam pada itu, Ernie turut meminta para peminat mendoakan semuanya dipermudahkan. Ujarnya, tahun ini dia mahu fokus kepada karier dan ibu bapanya terlebih dahulu.
“Doakan semoga saya dapat menamatkan zaman bujang menjelang tahun depan kerana tahun depan usia saya sudah 29 tahun,” katanya.
“Dalam keluarga, hanya saya yang belum berkahwin. Jadi, ini masanya untuk saya jaga kedua-dua ibu bapa dan fokus saya adalah untuk mencari rezeki.
“Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, banyak yang berlaku dan sekarang masanya untuk kita susun semula kerja-kerja yang tergendala,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Moga dipermudahkan urusan yup
Ya Allah happy Nye bila dgr kak nini dn bang Mel bakal berkahwin. Akhirnyaaa Allah tu temukan jugak jodoh kalian. Alhamdulillah. Saya tumpang gembira. Kedua2 nya Saya amat Minat. Artis yg low profile tp bakat tinggi.
Nak masuk 29 ye.. tp muka mcm bdk2.. comel je.. moga dipermudahkn urusan..
Tahniah. Semuga dipermudahkan. Mmg matching.
Alhamdulillah. Dua artis contoh. Takde cerita mengarut ngarut kat media. Pandai bawak diri dan jaga nama keluarga.
Saya doakan segalanya yg terbaik untuk jodoh kamu berdua. Amiiin.
Dah agak dr dulu… Ya allah… Klu betul mmgg wahhhh… Yala mustahil depa duk kata nk kawin tp tak pernah pun tgk dgn org lain… Alah jgnla ckp lg… Biarla suspen…biar org berteka teki… Hahaha
mmg x sangke boleh bercinta diorg ni..masing2 popular ada suare gempak.. apepn semoga berkekalan.. pasangan paling top lah…