fbpx

Kekasih Nora Danish, Nedim Nazri Beli Rumah Dengan Nilai RM7.2 Juta?

Pertamanya, Nora Danish sendiri tidak pernah mengaku yang Nedim Nazri adalah kekasihnya namun ingatkah anda akan kenyataan yang beliau tidak kisah dengan kesimpulan para peminat tentang hubungan mereka. Ini kesimpulan kami, you two are couple damn it.

BACA: Gambar Mesra, Nora Danish Tidak Kisah Akan Persepsi Orang Ramai

Dan kalau sudah terlibat dengan Nora Danish, haruslah telan gossip sebegini bukan?

FMT baru baru melaporkan yang Nedim Nazri di’dakwa telah membeli sebuah banglo tiga tingkat dengan nilai RM7.2 juta & ini menimbulkan keraguan dari mana beliau terima sumber kewangan untuk membeli rumah mewah tersebut.

Menurut mereka yang menimbulkan perkara ini, wujud keraguan bagaimana Nedim Nazri mampu memiliki kediaman mewah bernilai tinggi berbanding dengan pendapatan yang diisytiharkan.

“Adakah dia membeli dengan tunai? Jika melibatkan pinjaman bank berapa banyak pinjaman dibuat dan berapa jumlah tunai yang dibayar? Bagaimana bank boleh berikan kelulusan bernilai jutaan ringgit kepadanya, adakah kerana dia anak menteri?”

Sudah gaharu cendana pula mereka ini. Yang penting, jika benar pastinya Nora Danish boleh menginap di rumah mewah serba selesa kalau di’takdirkan berkahwin dengan Nedim Nazri kelak.

Satu lagi, ianya Nadeem Nazri atau Nedim Nazri? Konsisten itu kita mahukan.