fbpx

Peminat dunia hiburan kini sedia maklum yang Nora Danish sedang berkawan rapat dengan Nadeem Nazri & hubungan mereka yang dipaparkan secara terang terangan melalui laman sosial ini pastinya mengundang pelbagai spekulasi & persepsi.

Selepas bersama sama bercuti ke Bali, Indonesia tidak lama dahulu Nadeem Nazri sekali lagi mengikut perjalanan keluarga Nora Danish ke luar negara dan kali ini untuk melawat saudara aktres itu yang berada di Myanmar.

Nora Danish menjelaskan yang asalnya merancang untuk pergi tiga orang & semua perempuan — Nadeem Nazri menawarkan diri untuk pergi sebagai teman memandangkan keadaan di Myanmar yang tidak tenteram ketika ini.

“Dia (Nadeem Nazri) bersama sepupu dia temankan kami sebagai menjaga keselamatan kami. Sekurang kurangnya kalau ada orang lelaki dengan kami, rasa selamat lah sikit,” jelasnya.

Menyentuh tentang gambar mesra mereka yang sering di’kongsi di Instagram, Nora Danish berkata beliau tidak akan salahkan peminat jika membuat kesimpulan sendiri mengatakan dirinya & Nadeem Nazri kini sedang bercinta.

“Saya tak salahkan peminat kalau nak kata saya bercinta dengan Needim. Lagipun, gambar-gambar kami banyak di Instagram. Saya yang gatal tangan nak upload gambar gambar itu”, jelas Nora Danish sambil berseloroh.

Oleh kerana Nora Danish tidak kisah, boleh kiranya anda semua kini nikmati gambar perjalanan aktres ini bersama Nadeem Nazri ke Myanmar baru baru ini. Enjoice!