fbpx

Tahun Ini Izreen Azminda Berpuasa Dengan Suami

Kalau dulu menyambut Ramadhan bertemankan anak, tahun ini Izreen Azminda sudah bertemankan suami tercinta, Ude Wahid. Menurut Izreen, Ramadhan kali ini lebih istimewa buatnya, kerana berpeluang memasak untuk suami.

BACA: “Lebih Tenang Lepas Maafkan Mereka Yang Maki Saya”

“Alhamdulillah, sambutan Ramadan kali ini lebih bermakna sebab ada suami. Sebelum ini, kalau berbuka di rumah saya dengan ibu dan anak saja. Sejujurnya, saya tidak sabar nak menyediakan masakan kegemarannya, ayam asam pedas”

“Memandangkan dia orang Johor, jadi memang tidak boleh lari daripada asam pedas. Alhamdulillah, suami bukan jenis cerewet. Kalau teringin nak makan sesuatu, baru dia minta saya buat. Pendek kata, dia sangat mudah”

Pasangan ini kini dilihat lebih terbuka berkongsi gambar bersama di media sosial selepas episod penceraian Ude dan bekas isteri berakhir. Malah bila ditanya soal anak, Izreen terus terang memberitahu mengimpikan cahaya mata perempuan.

“Kalau ada rezeki, adalah. Saya dan suami tidak merancang. Semua ini ketentuan Allah. Kalau diberikan rezeki, saya mengimpikan anak perempuan,” jelasnya kepada portal My News Hub. (rtky/w)