Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan jantungnya berdegup laju setiap kali keluar bersama kekasihnya, Datuk Seri Vida
Menerusi sesi siaran langsung, Fazley berkata jika orang di luar sana mengenali karakter Vida yang sebenar pasti mereka juga akan cair kerana jiwanya yang lembut.
BACA: Fazley Yaakob Lamar DSV Dengan Cincin Tiara RM7,000, Kejutan Bernilai RM500,000
View on Threads
“Kalau tengok DSV yang sebenar korang pun akan cair. Saya kalau bercakap dengan DSV, kalau dalam kereta pergi mana berjalan berdua, jantung saya dug dug dug.
“Sebab dia tengok saya, cara dia cakap ‘Abang nak jalan..Abang, tak nak balik, Abang, park la tepi dulu’. Jiwa dia sangat lembut,” kata Fazley.
Sementara itu, Vida yang berada di sebelah hanya ketawa dan mengakui malu apabila mendengar pendedahan Fazley itu.
Minggu lalu, Fazley membuat kejutan melamar kekasihnya itu dengan persembahan 1,200 dron serta sebentuk cincin bernilai RM7,000.