Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob membuat kejutan melamar kekasihnya usahawan Datuk Seri Vida di Konsert Live 11.11 malam tadi.
Lebih manis Vida turut menerima lamaran berkenaan selepas bertanyakan kepada kedua-dua anaknya, Cik B dan Kacak.
BACA: “Impian Nak Kahwini Vida Memang Ada…Tapi Cik B Kata Jangan Terlalu Laju”
Lamaran Fazley itu turut diserikan dengan persembahan 1,200 dron membentuk mesej ‘Nak Duduk Ipoh ke KL?’ buat Vida.
Malah, Fazley turut memberikan sebentuk cincin bernilai RM7,000 berbentuk tiara khas daripada Habib Jewel buat bakal isterinya itu.
Difahamkan, kos keseluruhan lamaran berkenaan dianggarkan RM500,000 termasuk persembahan dron, produksi, persiapan acara dan keperluan lain.
Sumber: Harian Metro