fbpx

“Kalau Tak Suka Saya, Anda Dialu-Alukan Untuk Unfollow”

Dikecam netizen susulan keputusannya untuk tidak lagi berhijab sejak Oktober lalu, pelakon Sarah Hildebrand mengalu-alukan mana-mana individu yang tidak suka dengan cara hidupnya untuk berhenti mengikutinya di Instagram.

Menurut Sarah dia tidak mahu memaksa sesiapa untuk menyukainya dan meminta individu yang tidak menghormati kehidupan dan pendapatnya boleh menekan butang unfollow.

BACA: Sarah Hildebrand Sahkan Tidak Lagi Bertudung

“Jika anda tak suka dengan saya, cara hidup saya atau kepercayaan yang saya pegang, maka kita boleh tak sependapat dan hormat-menghormati.

“Sekiranya anda tidak mampu untuk memahami perkara tersebut, anda dialu-alukan untuk menekan butang unfollow,” katanya.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Sarah turut meminta agar pengikutnya terus menyebarkan aura posititif dan bukan kebencian serta tidak membuli atau melakukan gangguan tidak sepatutnya.

“Walau apa pun, saya menggesa anda untuk menyebarkan positif, cinta dan kecerdasan emosi bukan kebencian, membuli, dan gangguan yang tidak sepatutnya.

“Belajar untuk mengadakan perbincangan terbuka mengenai topik penting yang sukar dibincangkan,” katanya.

Oktober lalu, Sarah membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab dan pelakon itu mengatakan mempunyai alasan tersendiri mengapa dia membuat keputusan tersebut.