“Kalau Kita Harapkan Semua Pada AI, Kita Jadi Lebih Malas” 

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berpendapat teknologi kecerdasan buatan (AI) wajar diraikan namun tidak harus ketepikan kreativiti manusia.

Memetik Harian Metro, Siti berkata teknologi itu boleh digunakan namun tidak bergantung sepenuhnya sebaliknya digunakan sebagai alat sahaja.

BACA: Siti Nurhaliza Terima Ijazah Kehormat Sarjana Seni Kreatif Dan Media

“Kita memang meraikan kemajuan teknologi canggih ini tetapi penggunaannya biarlah sekadar menjadi medium bantuan sahaja.

“Saya sama sekali tidak menolak kerana ini adalah kemajuan teknologi cuma kita perlu bijak menggunakannya pada waktu paling bersesuaian,” katanya.

Sementara itu, Siti berkata teknologi itu hanya boleh digunakan sebagai bantuan dan apa yang perlu dilakukan adalah menggunakan kreativiti kita. 

“Kalau kita mengharapkan semua pada AI, kita akan jadi lebih malas. Sebab itu saya cakap, AI hanya sebagai alat sahaja. Selebihnya kita kena kerjalah dengan kehebatan dan kreativiti kita,” katanya.

Sumber: Harian Metro

×