Siti Nurhaliza Terima Ijazah Kehormat Sarjana Seni Kreatif Dan Media

Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dikurniakan Ijazah Kehormat Sarjana Seni Kreatif dan Media (Honoris Causa) daripada Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Sunway University.

Menerusi perkongsian di Instagram Sunway University, anugerah itu tanda penghargaan terhadap jasa, sumbangan luar biasa beliau dalam industri seni tanah air.

BACA: Siti Nurhaliza Terharu Peminat Keluar Wang KWSP Beli Tiket Konsert

“Tahniah kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin atas penganugerahan Ijazah Kehormat Sarjana Seni Kreatif dan Media (Honoris Causa) daripada Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Sunway.

“Ia sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan luar biasa dan perjalanan inspiratif beliau dalam industri seni dan kreatif,” tulis hantaran itu.

Dalam hantaran berkenaan, Siti mengenakan jubah berwarna hitam sambil memegang skrol ijazah yang diterima.

×