fbpx

“Kalau Isteri Kedua Atau Ketiga Pun, Bukan Saya Buat Salah”

Belum sampai sebulan mendirikan rumah tangga pada 26 Julai lalu dengan jejaka pilihan hati, sudah ada cerita tak sedap didengar apabila timbul dakwaan pelakon Miera Leyana dikatakan hidup bermadu.

Tidak mengiyakan mahupun menafikan, Miera mahu netizen terus berteka teki mengenai status perkahwinannya. Miera turut hairan dengan tanggapan netizen terhadap poligami sedangkan ianya tidak menyalahi undang-undang.

BACA: “Soal Bermadu, Biarlah Kami Saja Yang Tahu”

“Saya tak kisah jika ada pihak nak menggelarkan saya isteri kedua atau ketiga. Saya tak faham kenapa rakyat Malaysia anggap isu poligami itu tak okay dan anggap isu besar.

“Kalau saya isteri kedua atau kedua pun, saya tak rasa saya buat salah sebab kami bukan kahwin secara rahsia.

“Tak ada apa nak disorokkkan. Kalau saya salah, lebih baik saya nikah di Thailand senyap-senyap, buat apa keluarga saya berhabis duit adakan majlis kahwin,” katanya kepada mStar Online.

Akui tertekan dengan spekulasi itu, Miera berkata sepatutnya selepas berkahwin semuanya akan indah-indah belaka. Bagaimanapun dia memilih untuk membiarkan sahaja spekulasi netizen itu mengenai status rumah tangganya.

“Saya tak mahu mengiyakan atau menidakkan sebab tak nak panjangkan isu tersebut. Orang nak kata apa, saya tak kisah sebab saya tak boleh nak tutup mulut mereka.

“Lagi pun kamu dah selamat bernikah. Jadi doakan yang baik-baik sahaja. Memang akan tertekan dengan semua spekulasi tersebut. Sepatutnya selepas kahwin semuanya indah tapi begini pula jadi,” katanya.

Miera mendirikan rumah tangga dengan Rosland Othman, 47 tahun yang merupakan seorang usahawan Rosland pada 26 Julai lalu dalam majlis mewah dan meriah yang diadakan di hotel terkemuka di ibu kota dengan kehadiran ramai tetamu kenamaan.